TITIAN ZAMAN
Hi semua… 4 org blogger menonton teater di dewan Philharmonik, KLCC. Tajuk teater nya Titian Zaman. Dramatari kisah dlm filem Semerah Padi dan juga Laman Kreasi dimana dipaparkan tarian2 yg menarik dari daerah2 di Nusantara ni.
Bagusnya diorang buat drama tari utk filem yg orang dah tengok, jadi walau takder dialog, aku masih dapat faham duduk ceritanya Semerah Padi nih…

Jujurnya aku sangat suka kehebatan penari2 petronas. Diorang punya gerakan sangat kemas dan cantik, sedikit sangat cacatnya di sana sini. Tarian Zapin, Sabah dan tarian Dabus sangat menarik utk dinikmati. Sementara dramatari diorang mmg mables… hebat diorang nih, sayangnya jer takder dialog, dah nama dramatari mana lah ada dialog kan. Susah nak komen kat sini… kalau ada masa, korang datanglah tengok sendiri… memang memuaskan hati lah.


atas: sekali lagi aku salah pilih baju… besar lagi nampaknya badan aku… tu baju lama masa aku gempal sgt dulu tu… sekali lagi Shah nampak slim… dan bawah: dua wanita menyertai kami mlm ni… Tijah Murai dan Erin…
Empat orang itu aku, Dr Shah, Erin dan juga Tijah Murai. Sesuai namanya… mulut Tijah mmg terlalu becok, susah nak diam walau takder modal nak bercakap, sampaikan dahi terhatuk kepala kerusi depan dia…. teruk betul tau!!
Ini kali pertama Tijah dan Erin ke mari dan oleh kerana dlm dewan ni takleh amik gambar, maka aku bagilah gambar2 setakat yg mampu kat luar dewan… sedeykan!!! but its okay…


Sebelum ke teater ni kami makan dulu kat futkot tingkat 2 tu. Harga macam biasa agak mahal kat sini tapi its okay sebab kami tak makan yg ganas2 tapi yg biasa jer.


ini kita punya Mat Saleh (Shah)… dia punya favourite inilah… pizza dgn garlic bread…

Tijah makan spaghetti daging.. dia kata tak sedap tapi aku ngan Shah suka rasa dia… ko ada isi gaknya Jah, semua mende rasa tak sedap

aku pulak makan ni Udon Daging… tak sedap… mmg lah aku ada isi… hehehehe
Untuk yg suka kan teater, Dewan Philharmonik ni eksklusif tempatnya tapi harga dia mmg bagus. Kalau RM20 tu memang berbaloi berbanding dgn Istana Budaya. Dari drama, muzikal drama, muzikal sahaja dan mcm2 lagi. Silalah lihat senarai aktiviti diaorang dan nikmati sedikit kehidupan dgn cara yg murah dan indah… cubalah!!!Salam Sayang Beruang Madu






















